27.2.09

17. Kisah Nabi Yunus a.s

Nabi Yunus A.S. juga dikenali dengan dua nama panggilan yang lain iaitu "Dhun-Nun" (Raja Ikan) dan "Sahibil-Hot" (Sahabat Ikan). Dalam al-Quran ada menyebutkan yang bermaksud:

"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan menyempitkan (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."" (Al-Anbiyaa', 21: 87)

"Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan jangnlah kamu seperti orang (Yunus) yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang dia dalam keadaan marah (kepada kaumnya)" (Al-Qalam, 68: 48)


Yunus (Jonah) adalah anak lelaki Mitta berdasarkan kepada Tradisi yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari tetapi Taurat menyatakan bahawa nama bapa baginda ialah Amittai.

Apabila kenabian dianugerahkan ke atas baginda, baginda diperintahkan ke Nineveh untuk menyampaikan seruan Allah. Nineveh terletak di tebing sungai Tigris. Ia adalah ibu kota Assyria. Penduduk di sana mengalami keruntuhan moral dan sangat angkuh. Mereka hidup penuh dengan dosa. Nabi Yunus A.S. cuba sedaya upaya untuk memulihkan mereka tetapi mereka hanya memekakkan telinga dengan nasihat dan amaran baginda. Tidak lama selepas itu, baginda menjadi semakin tawar hati dengan kelakuan penduduk tersebut. Akibatnya dia menjadi putus asa dan memohon kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas penduduk Nineveh. Baginda hilang sabar dan bertindak sebelum mendapat arahan daripada Allah. Baginda menyangkakan sudah tentu baginda tidak akan turut terkena bala tersebut. Lalu Nabi Yunus A.S. meneruskan perjalanan menuju ke laut dan menaiki sebuah bot. Malangnya, bot tersebut dipukul ombak dan para kelasi bot menuduh baginda yang membawa nasib malang tersebut. Jadi mereka mengambil keputusan untuk membuang baginda ke laut tetapi para penumpang tidak bersetuju. Kemudian, ramai penumpang karam dan nama baginda disebut juga.

Nabi Yunus A.S. dibuang ke dalam laut untuk keselamatan bot tersebut. Apabila baginda jatuh ke dalam laut, seekor ikan yang sangat besar telah menelan baginda. Lalu baginda berada dalam keadaan yang sangat sengsara. Baginda sedar yang dia perlu mengalaminya kerana lalai menjalankan tugasnya sebagai seorang nabi. Baginda tidak sepatutnya melarikan diri tetapi mesti terus bersabar dan bergantung kepada kuasa Allah walaupun menghadapi suasasana yang tidak menyokong seruan Allah.

Baginda berasa sangat menyesal dan merayu kepada Allah dengan suara yang merendah diri. Doanya dimakbulkan dan baginda dibawa ke tepian pantai. Baginda disediakan dengan sepohon pokok yang rendang.

"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul, (ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan, kemudian is ikut berundi lalu termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan keni'matan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." (Ash-shaafaat, 37: 139-148)

Apabila Nabi Yunus A.S. kembali sihat, baginda diperintahkan untuk kembali ke tempat asal baginda dan menyelesaikan misi untuk mengubah cara hidup mereka. Ketika itu, penduduk Nineveh menyesal dan mula mengikut seruan nabi. Allah melimpahkan rahmat-Nya dan mencapai kemewahan hidup. Mereka telah mendapat kehidupan baru yang cemerlang.

"...Tatkala mereka (Kaum Yunus itu), beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang tertentu." (Yunus,10: 98)

Semakin lama penduduk Nineveh sekali lagi mengamalkan gaya hidup yang dipengaruhi syaitan. Mereka telah mula menyembah berhala dan melanggar tatasusila. Akhirnya mereka dimusnahkan oleh Scythians. Nabi Yunus A.S. wafat di Nineveh dan dikebumikan di sana. Mengikut cerita sesetengah ahli sejarah, makamnya terletak di kampung Halmol kira-kira 10 batu dari Hebron.

18. Kisah Nabi Dawud a.s

Nabi Dawud a.s. berasal dari Bani Israil, keturunan Yahudza bin Nabi Yaakub a.s. Nama baginda telah disebut sebanyak 16 kali dalam al-Quran. Baginda adalah nabi dan raja yang mempunyai kerajaan yang diperturunkan kepada puteranya Sulaiman a.s. Mereka dikurniakan kenabian dan kurniaan kebaikan dunia dan akhirat.

"...dan Allah telah memberikan kerajaan dan hikmah kepada Dawud serta mengajarkan apa-apa yang dikehendaki-Nya" (Al-Baqarah, 2: 251)

Nama sebenar baginda ialah Dawud bin Isya bin 'Uwaid. Baginda juga adalah seorang rasul yang dikurniakan dengan kitab samawi iaitu Zabur. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dan Kami berikan Zabur kepada Dawud" (An-nisa', 4: 163)

Nabi Dawud bersama-sama Thalut

Thalut dilantik menjadi raja kepada Bani Israel kerana mempunyai tubuh yang perkasa dan ilmu yang luas. Namun begitu, penduduk Bani Israel merasakan bahawa beliau tidak layak untuk memegang kuasa tersebut.

Nabi Dawud telah diundang ke istana dan tinggal bersama Thalut kerana raja tersebut begitu tertarik dengan bakat seni yang ada pada baginda. Baginda akan selalu bersama Thalut di istana dan berulang alik menemui bapa baginda untuk menolongnya mengembala kambing.

Nabi Dawud a.s. Menentang Jalut

Pada suatu ketika, terjadi satu peperangan antara rakyat Israel dan Palestin. Tentera Palestin telah dipimpin oleh Jalut, pahlawan yang gagah perkasa tetapi sangat kejam. Maka Thalut pun memilih pasukan yang kuat di kalangan tenteranya untuk menentang Jalut. Nabi Dawud a.s. telah turut serta dalam peperangan tersebut.

Semasa perang berlaku, Jalut telah meminta untuk diadakan pertarungan satu lawan satu. Dia dengan angkuhnya mara ke hadapan dan mencabar musuhnya di pihak Nabi Dawud. Lalu Nabi Dawud a.s. menyambut cabaran tersebut namun diejek kembali oleh Jalut yang merasakan Nabi Dawud a.s. tidak setanding dengannya. Baginda juga dinasihati oleh Thalut supaya tidak bertarung dengan pahlawan yang berpengalaman tersebut. Namun Nabi Dawud a.s. tetap dengan keputusan baginda maka bertarunglah keduanya. Baginda berdoa sebelum bertarung yang bermaksud:

"Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran ke atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir." (Al-Baqarah, 2: 250)

Dengan izin Allah Nabi Dawud a.s. telah berjaya mengalahkan Jalut walaupun bertubuh kecil berbanding Jalut. Tentera Palestin akhirnya kalah dalam pertempuran dan lari bertempiaran.

Nabi Dawud a.s. menjadi Raja

Nabi Dawud a.s. menjadi terkenal di kalangan Bani Israel selepas kejadian tersebut. Baginda telah mendapat anugerah daripada Thalut dan dikahwinkan dengan puteri baginda dan dilantik sebagai ketua Komander angkatan tentera. Namun tidak lama selepas itu, Thalut berasa iri hati dengan pengaruh Nabi Dawud a.s. Salah seorang anak lelaki Thalut mempunyai pekerti yang baik telah memaklumkan baginda tentang perkara tersebut.

Selepas kematian Thalut, urusan pemerintahan dikuasai oleh Nabi Dawud a.s. dan seterusnya menjadi raja kepada Bani Israel. Baginda telah mentadbir negara dengan berkesan dan menakluki banyak kawasan. Para penduduk mendapat kemakmuran semasa pemerintahan baginda yang berhati mulia, adil dan bertakwa. Rakyatnya juga menyembah Tuhan yang satu yang mengikut pimpinan yang sebenar.

Penurunan Kitab Zabur

Allah telah menurunkan kitab Zabur kepada Nabi Dawud a.s. Kitab ini mengandungi ajaran untuk memimpin kaum Bani Israel. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"...Dan kami berikan Zabur kepada Dawud" (An-Nisaa', 4: 163)

Rakyat akan terpegun apabila mendengar Nabi Dawud a.s. membaca ayat-ayat daripada Zabur dengan suara yang amat merdu. Semua kan mengelilinginya termasuk binatang-bintang di muka bumi ini.

Selain itu, Allah juga telah mengurniakan keistimewaan untuk menundukkan gunung ganang supaya bertasbih bersama-samanya dengan bahasa yang tidak difahami oleh manusia biasa. Pengetahuan dan kelebihan itu juga dapat dipraktikkan terhadap burung-burung untuk turut serta bersamanya.

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Dawud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Dawud", " (Saba', 34: 10)

"Sesungguhnya Kami tundukkan gunung-gunung kepadanya, semuanya tasbih pada petang-petang dan pagi-pagi, dan (Kami tundukkan pula) burung-burung yang dikumpulkan, masing-masing banyak kembali kepada Allah." (Shaad, 38: 18-19)

Nabi Dawud a.s. sebagai tukang besi

Nabi Dawud a.s. adalah seorang tukang besi yang mahir. Baginda berupaya melembutkan besi yang keras dan menghasilkan pelbagai bentuk barangan daripadanya. Baginda melakukannya tanpa memakai api atau sebarang alat. Besi yang dilembutkan ada yang dijadikan baju besi yang sangat elok buatannya. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan telah Kami ajarkan kepada Dawud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)." (Al-Anbiya, 21: 80)

"...dan Kami telah melunakkan besi untuknya." (Saba', 34: 10)

Nabi Dawud a.s. adalah seorang pemimpin yang begitu adil dan menggunakan masa sehariannya dengan sempurna. Baginda memperuntukkan hari-hari khusus untuk beribadat, bertugas sebagai hakim, memberi pengajaran kepada kaumnya dan untuk kepentingan peribadi.

Kematian Nabi Dawud a.s.

Nabi Dawud a.s.meninggal dunia pada usia 70 tahun dan dikebumikan di Jurusalem.

19. Kisah Nabi Ilyasa a.s

Ilyasa adalah rasul dari kalangan Bani Israel dari garis keturunan yang sama dengan Musa, Harun serta Ilyas. Nama Ilyasa disebut dalam kisah Ilyas, saat rasul itu dikejar-kejar kaumnya dan bersembunyi di rumah Ilyasa. Maka besar kemungkinan Ilyasa juga tinggal di seputar lembah sungai Yordania. Ketika Ilyas bersembunyi di rumahnya, Ilyasa masih seorang belia. Saat itu ia tengah menderita sakit. Ilyas membantu menyembuhkan penyakitnya. Setelah sembuh, Ilyasa pun menjadi sahabat Ilyas yang selalu mendampingi untuk menyeru ke jalan kebaikan. Ilyasa melanjutkan tugas tersebut begitu Ilyas meninggal. Ilyasa kemudian mendapati bahwa manusia ternyata begitu mudah kembali ke jalan sesat. Itu terjadi tak lama setelah Ilyas wafat. Padahal masyarakat lembah sungai Yordania itu sempat mengikuti seruan Ilyas agar meninggalkan pemujaannya pada berhala. Pada kalangan itulah Ilyasa tak lelah menyeru ke jalan kebaikan. Dikisahkan bahwa mereka tetap tak mau mendengar seruan Ilyasa, dan mereka kembali menanggung bencana kekeringan yang luar biasa

0 komentar:

Posting Komentar

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP